Friday, September 4, 2009

Memartabatkan pantun

Dalam semak ada kebun,
Dalam kebun ada bunga;
Dalam gelak ada pantun,
Dalam pantun ada makna.

Pantun kian terpinggir dan semakin dilupakan. Puisi Melayu dan lambang jati diri bangsa seakan hanyut ditelan kemajuan. Mengapa jadi begitu??
"Tak perlu menyalahkan sesiapa, tanyala diri sendiri..."
Akibat salah faham terhadap pantun, ramai yang mengambil mudah peranan pembayang. Pembayang, mestilah logik dan peka dengan alam sekitar. Tidak boleh sembarangan atau setakat untuk memberi akhiran rima yang sama.

Pantun yang baik mempunyai perhubungan atau perkaitan antara pembayang dan maksud.
Kekuatan pantun terletak pada permainan bunyi.
Bunyi tersebut menimbulkan keindahan bahasa dan maksud tanpa mengira jenis pantun itu.
Terdapat pelbagai jenis pantun;
antaranya pantun dua kerat, empat kerat, lapan kerat dan 14 kerat.
namun, pantun empat kerat yang paling popular daripada dulu sehingga kini...
tips-cubalah bina baris-baris pantun yang datang daripada ketulusan hati...hehe

5 comments:

  1. ni pantun tuk awk...

    baca kisah adam dan hawa,
    salah tafsir jadi bahaya,
    wahai pemilik blog belaian jiwa,
    marilah berkunjung ke blog saya.

    ReplyDelete
  2. pemilik laman filzah hanis,
    harap saudari sentiasa ceria,
    kalau hati rasa nak nangis,
    carilah insan gila mR.Korea.

    hahahaha....

    ReplyDelete
  3. seorang pahlawan kehilangan nyawa,
    kerana terlibat dengan fight,
    wahai pemilik laman belaian jiwa,
    kunjungi sy di mom always right.

    ReplyDelete
  4. cukup sampai sini saja,
    pantun salah harap dimaafi,
    kalo betul nak belaian jiwa,
    dengarlah lagu bertajuk sendiri. (kump May)
    (hayati lirik bkn muziknya)

    ReplyDelete
  5. sebagai penutup suatu bicara,
    maaf dipohon tanpa henti,
    sebenarnya nak ucap slmt hr raya,
    balik nnti hati2 n jg diri.

    ReplyDelete