Sawah kita yang punya
padi jadi hak orang
padi di kepuk kita
berasnya diambil orang
nasi di pinggan kita
kenapa dimakan orang?
Laut di negeri kita
bot dimiliki orang
pukat kita yang punya
ikan pulak disesah orang
pengkalan kita yang bina
tapi menjadi laluan orang
Dusun di kebun kita
Tanahnya milik orang
benih kita yang tanam
buahnya dikebas orang
hutan kita yang tebang
kenapa dangau dipunyai orang?
Telaga di laman kita
Timbanya dimiliki orang
Kita jenuh gali telaga
Airnya menjadi hak orang
Kenapa yang elok dapat kat orang
Yang teruk dapat kat kita
Kenapa hak orang tak kena ke kita
Hak kita pun tak dapat ke kita
Lantas kalau nak pujuk hati kita
Kenalah insaf bahawa segalanya
Bukanlah hak mutlak sesiapa jua
Kerana dunia ini sebenarnya...
Adalah persinggahan sementara
Menjalani ujian Allah Yang Maha Esa!
Monday, September 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

milik kita ialah diri kita dan hati kita yg dipinjamkan oleh Allah swt.jd jglah milik kita sebaiknya...
ReplyDeletesawah,padi,dusun,lautan dan sebagainya adalah milik bersama.dipinjamkan untuk dikongsikan.jd bezakan milik kita dan milik bersama.fikirkanlah dan pasti akan temui penyelesaiannya.
ReplyDeletehanya yang ada pada kita,itulah milik kita.itupun cuma pinjaman sementara.jglah apa yg ada kerana pasti akan mendapat hasilnya nnti.kalo x dijaga semuanya akan menjadi milik org seperti sawah,padi,dusun,lautan dan sebagainya.think about it...
ReplyDelete